Cari:
Pelancaran Setelit Kemboja Bakal Rancakkan Telekomunikasi di Rantau ASEAN
2011-04-21 14:13:27 CRI Cetak

Rancangan Kemboja untuk melancarkan statelit pertamanya pada tahun 2013 dianggap membantu menerajui perkembangan ekonomi negara itu, di samping merancakkan perhubungan telekomunikasi dalam kalangan negara ASEAN.

Pakar isu ASEAN daripada Akademi Hubungan Antarabangsa Moden China, Song Yinghui berkata: "Kos telekomunikasi di Kemboja kini agak tinggi, lebih-lebih lagi memandangkan wilayahnya yang tidak begitu besar. Kemboja juga berharap pelancaran satelitnya boleh membantu mengurangkan kos telekomunikasi dan merancakkan kemampuan dalam bidang tersebut. Perkara ini juga selaras dengan perkembangan industri informasi dewasa ini.

Selain itu, menurut Song Yinghui, tindakan Kemboja melancarkan satelit juga bakal mendorong komunikasi antara pelbagai negara ASEAN.

Kata beliau: "Pemilikan satelit sendiri oleh Kemboja bukan sahaja merancakkan perhubungannya dengan negara jiran, malah semua negara ASEAN. Program merancakkan perhubungan dari segi pengangkutan dan telekomunikasi antara satu usaha penting yang telah digariskan dalam Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun lepas. Program itu juga menumpu perhatiannya kepada perkongsian maklumat di rantau ASEAN. Dua negara jiran Kemboja, iaitu Vietnam dan Thailand telah mempunyai satelit telekomunikasi sendiri. Oleh yang demikian, Kemboja berharap pelancaran satelitnya boleh memudahkan hubungan telekomunikasi dengan negara-negara serantau, dan mendorong pencapaian matlamat penubuhan Komuniti Bersama ASEAN.

Menurut Song Yinghui, dua perkara perlu diberikan perhatian oleh Kemboja bagi menjayakan pembinaan setelitnya, iaitu mengumpulkan dana yang mencukupi dan menggariskan rancangan yang terperinci, termasuk tempat pelancaran dan pengurusan satelit pada masa akan datang. Selain itu, mereka juga perlu memilih syarikat yang layak untuk melancarkan satelitnya."

Ketika menjelaskan sama ada syarikat China akan dipilih untuk melancarkan satelit kemboja, beliau berkata:"Syarikat China mempunyai kelebihan untuk dipilih kerana terdapatnya hubungan ekonomi yang rapat dan lokasi kedudukan yang begitu dekat antara kedua-dua negara."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China