Cari:
Lawatan Wen Jiabao ke Asia Tenggara akan Tingkatkan Persahabatan dan Kerjasama Dua Pihak
2011-04-22 17:16:35 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia mulai 27 hingga 30 April atas undangan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono,. Kementerian Luar China mengadakan sidang media mengenai lawatan tersebut petang semalam.

Malaysia merupakan negara pertama dalam jadual lawatan ke Asia Tenggara Wen Jiabao. Lawatan ini juga merupakan lawatan kali kedua ke Malaysia selepas beliau melawat negara itu 6 tahun lalu. Dalam tempoh lawatan ini, beliau akan mengadakan rundingan dengan pemimpin Malaysia tentang isu-isu bagaimana mengukuhkan hubungan dua hala. Dalam sidang media, Penolong Menteri Luar China, Hu Zhengyue menjelaskan tujuan lawatan Perdana Menteri ke Malaysia kali ini. Beliau berkata,

"Tujuan lawatan kali ini adalah untuk memperkukuh hubungan yang sedia ada, meningkatkan saling mempercayai yang bersifat strategik, memperluas kerjasama perdagangan, dan mendorong pertukaran pegawai dari pelbagai peringkat dan bidang. Kami juga berharap supaya kedua-dua pihak akan meningkatkan penyelarasan dan pertukaran pendapat untuk memelihara keamanan dan kestabilan serantau, serta mendorong pembangunan bersama."

Selepas Malaysia, Wen Jiabao akan mengadakan lawatan ke Indonesia. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi beliau yang pertama. Menyentuh mengenai lawatan tersebut, Hu Zhengyue berkata, Perdana Menteri akan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin Indonesia tentang isu-isu yang melibatkan 5 bidang, yakni, pertama, meneruskan pertukaran peringkat tinggi bagi meningkatkan taraf kerjasama strategik kedua-dua pihak. Kedua, memperluas kerjasama dalam bidang pelaburan, ekonomi dan perdagangan bagi mendorong kelebihan yang saling melengkapi. Ketiga, meningkatkan kerjasama pertahanan dan maritim untuk mewujudkan situasi menang-menang. Keempat, meningkatkan kerjasama kemanusiaan untuk memperkukuh asas persahabatan kedua-dua negara. Dan kelima, meningkatkan penyelarasan tentang isu-isu antarabangsa dan serantau bagi memelihara kepentingan bersama.

Tujuan utama lawatan kali ini adalah untuk mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan China dengan Malaysia dan Indonesia. Naib Ketua Bahagian Asia Kementerian Perdagangan China, Song Yaoming menjelaskan hasil ekonomi dan perdagangan utama yang akan dicapai melalui lawatan tersebut. Beliau berkata,

"Perdana Menteri Wen Jiabao akan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin kedua-dua negara tentang kaedah memperluas skala perdagangan dua hala, mendorong pelaburan, memperkukuh pembangunan zon perdagangan bebas China dengan ASEAN, dan meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam beberapa bidang termasuk kemudahan infrastruktur. Kami yakin, lawatan kali ini akan memperluas skala kerjasama China dengan Malaysia dan Indonesia, meningkatkan taraf kerjasama, dan mendorong perkembangan hubungan persahabatan dan kerjasama yang menyeluruh dengan kedua-dua negara tersebut."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China