Cari:
TEPCO Siapkan Pampasan
2011-04-24 14:49:45 CRI Cetak

Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo(TEPCO) mengumumkan semalam, pihaknya akan menjual cawangannya di dalam dan luar negara bagi mempersiapkan pampasan akibat kemalangan Loji Tenaga Nuklear Pertama Fukushima.

Jumlah ganti rugi akibat kemalangan tersebut dijangka mencatat beribu-ribu bilion yen Jepun, sedangkan beratus-ratus bilion yen di antaranya akan diperolehi melalui penjualan cawangan TEPCO. Selain itu, TEPCO akan menjual saham syarikat KDDI yang dipegang olehnya serta sanatoriumnya.

Kerajaan Jepun mengumumkan, TEPCO dikehendaki mengumpulkan dana secara aktif, prasyarat bagi kerajaan untuk membantu syarikat tersebut. TEPCO berancang untuk mengurangkan jumlah pendapatan pekerjanya sebanyak 20%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China