23 orang duta asing dan wakil pertubuhan antarabangsa melawat kawasan bencana Sichuan semalam untuk meninjau keadaan selepas dilanda gempa bumi pada 12 Mei tahun 2008.
Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Sichuan Parti Komunis China, Liu Qibao menemui delegasi itu dan berterima kasih atas bantuan mereka. Dalam tempoh tiga tahun selepas peristiwa itu, Sichuan kembali pulih terutama dalam pembangunan pengangkutan dan industri. Rakyat yakin pembangunan semula Sichuan akan lebih indah dan selamat.
(delegasi duta asing meninjau ke Muzium Sichuan)
Wakil Kedutaan Besar Pakistan ke China, Mohammad Hassan kagum dengan pemulihan prasarana, sekolah dan hospital serta kemudahan telekomunikasi sejak tiga tahun lalu. Menurut beliau, Sichuan boleh berkongsi pengalamannya menghadapi bencana dan usaha membangun semula provinsi itu.
Lawatan itu disertai delegasi daripada duta Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun, Rusia, Australia dan Pakistan serta wakil dari UNICEF, Pertubuhan Palang Merah dan IFRC.