Cari:
In The Mood For Love, Filem Hong Kong Terbaik
2011-05-11 11:03:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Akhbar Le Figaro Perancis semalam menyenaraikan beberapa filem yang paling berpengaruh dalam sejarah filem. Acara itu untuk menyambut Festival Filem Cannes ke-64 yang akan bermula tidak lama lagi. Filem Hong Kong bertajuk 'In the Mood for Love' arahan Karwai Wong pada tahun 2000 disenarai sebagai antara filem cinta terindah dan luar biasa.

Filem itu memaparkan keindahan suasana dan pakaian ceongsam tradisional seniwati yang unik serta dianggap oleh Akhbar itu yang menyentuh perasaan penonton.

Selain itu, filem Citizen Kane, Singin' in the Rain, About de Souffle, Once Upon a Time in the West dan The Godfather dinobat sebagai filem terbaik dunia. Manakala filem Murmur of the Heart/Dearest Love arahan Lous Malle dan A Clockwoek Orange oleh Stanley Kubrick pula, dianggap sebagai filem yang menarik kontroversi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China