Cari:
Pembangunan Semula Pasca Bencana Gempa di Wenchuan
2011-05-11 12:55:21 CRI Cetak

Gempa bumi dahsyat yang melanda kawasan Wenchuan di bahagian barat China pada 12 Mei 2008 banyak mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta. Dengan usaha pelbagai pihak yang berkenaan selama lebih 2 tahun, 95% projek pembangunan semula di Provinsi Sichuan, Shaanxi dan Gansu yang terlibat dalam bencana tersebut telah selesai. Pegawai dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China menyatakan bahawa projek tersebut akan selesai sepenuhnya pada akhir bulan September ini.

Naib Menteri suruhanjaya tersebut, Mu Hong berkata, "95% projek pembangunan semula di kawasan-kawasan yang terlibat telah selesai. Pembangunan infrastruktur termasuk rumah, sekolah, hospital diutamakan dalam projek tersebut."


Pekan baru di Yingxiu

Kerajaan mengutamakan hidup rakyat, jeminan keselamatan dan perlindungan ekologi dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan semula. Naib Gabenor Provinsi Shaanxi, Jiang Zelin berkata, "Provinsi Shaanxi selalu dilanda bencana alam. Pihak kami memindahkan penduduk dari bahagian selatan provinsi itu yang sering mengalami bencana. Seramai 2.4 juta orang penduduk dari 600 ribu keluarga terlibat dalam projek tersebut yang dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun."

Taraf hidup semakin tinggi dan pembangunan sosioekonomi amat stabil di kawasan-kawasan yang dilanda bencana. Penduduk di kawasan-kawasan tersebut amat berpuas hati dengan usaha kerajaan. Menurut Mu Hong, sehingga bulan Mac ini, projek pembangunan semula dijalankan dengan baik. Tiada kes membelakangkan undang-undang dan masalah keselamatan serta kualiti pembangunan yang teruk berlaku. Sasaran pembangunan semula termasuk memastikan setiap keluarga mempunyai rumah, setiap keluarga mendapat pekerjaan, setiap penduduk mendapat jaminan hidup, kemudahan semakin baik, ekonomi berkembang dan keadaan ekologi semakin baik telah dicapai.

Naib Gabenor Provinsi Sichuan, Wei Hong berkata, "Badan berkuasa telah menetapkan rancangan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan mengatasi kemiskinan. Kami akan memperuntukkan lebih 3 bilion yuan RMB untuk membantu lebih 1,200 buah kampung yang miskin mengatasi kemiskinan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China