Cari:
Cabaran untuk Menyelamatkan Loji Nuklear Fukushima
2011-05-12 13:02:44 CRI Cetak

Kemalangan di Loji Tenaga Nuklear Fukushima telah 2 bulan berlalu. Walaupun operasi menyelamatkan kemalangan telah mencapai kemajuan, tetapi pihak-pihak yang berkenaan masih menghadapi pelbagai cabaran seperti tahap radiasi terlalu tinggi, pengaliran keluar air kumbahan radiasi terlalu perlahan, suhu di dalam bekas tekanan naik dan kebocoran bahan radiasi berlaku.

Operasi menyelamatkan di reaktor unit No.1 berjaya, tetapi kapasiti radiasinya masih melebihi standard. Pasukan penyelamat berusaha memasangkan sistem pendingin untuk reaktor unit No.1, namun kapasiti radiasi yang terlalu tinggi menjejaskan kerja-kerja mereka.

Air kumbahan radiasi di tingkat bawah ruang turbin reaktor unit No.2 juga menjadi cabaran yang besar bagi pasukan penyelamat. Walaupun mereka berusaha mengalirkan air kumbahan itu ke tempat yang ditentukan, tetapi paras air kumbahan tidak berkurang seperti jangkaan.

Reaktor unit No.3 mengalami kerosakan yang paling teruk. Suhu bekas tekanannya terus naik, walaupun pasukan penyelamat telah menggugurkan banyak air ke dalam bekas itu.

Reaktor unit No.4 mengalami letupan yang mengakibatkan kerosakan yang teruk pada bangunannya. Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo sedang berusaha menyelamatkan kolam bahan api terpakai daripada gempa susulan.

Bahan radiasi yang bocor secara berterusan dari loji itu telah mendap di dalam tanah di kawasan sekitarnya. Menurut hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Jepun dan A.S. baru-baru ini, bahan radiasi cesium (Cs)-137 yang separuh hayatnya melebihi 30 tahun di 5 kawasan sebelah barat laut loji itu jauh lebih tinggi berbanding dengan standard menilai tahap radiasi kemalangan Loji Tenaga Nuklear Chernobyl.

Menurut Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, bahan radiasi di dalam tanah tidak akan memasuki tubuh manusia dengan segera. Tetapi kemungkinan golongan petani akan terdedel dengan bahan radiasi ketika mereka pulang ke kampung halaman amat menarik perhatian pelbagai pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China