Cari:
Penduduk di Wenchuan Hidup Selesa
2011-05-12 13:45:08 CRI Cetak

Pekan Yingxiu terletak sejauh 60 kilometer di sebelah tenggara kota Wenchuan di Provinsi Sichuan China. Pelbagai etnik penduduk termasuk Tibet, Qiang, Hui dan Han hidup aman dan selesa bersama-sama sejak turun-temurun di kawasan tersebut. Kebanyakan mereka bekerja dalam sektor pelancongan.

Pada 12 Mei 2008, gempa bumi dahsyat tiba-tiba melanda kawasan itu. Pekan Yingxiu yang indah telah musnah dalam nahas gempa tersebut.


Bangunan kediaman di Yingxiu

Kini, pembangunan semula pasca bencana telah selesai di Pekan Yingxiu. Penduduk di kawasan itu telah berpindah ke rumah baharu dan hidup selesa.

Puan Yang Aijun mempunyai sebuah rumah baharu yang setinggi 3 tingkat di Pekan Yingxiu. Tingkat satu dijadikan kedai runcit manakala tingkat kedua dan ketiga dijadikan rumah kediaman. Beliau berkata, "Kerajaan membantu kami membina rumah. Saya hanya membayar 770 yuan RMB untuk membeli satu meter persegi. Selain itu, Persatuan Palang Merah menyumbang 20 ribu yuan RMB dan kerajaan menyediakan pinjaman mudah sejumlah 20 ribu yuan RMB. Saya hanya membayar kira-kira 20 ribu yuan untuk membeli rumah yang begitu selesa tersebut. Selain itu, kerajaan menyediakan subsidi kepada setiap penduduk sebanyak 550 yuan RMB sebulan."


Pasar sayur-sayuran di Yingxiu

Penghulu Kaunti Wenchuan, Zhang Tongrong merupakan penduduk etnik Tibet yang berusia 39 tahun. Menurut beliau, kos rumah baharu untuk penduduk kauntinya ialah 2,800 yuan satu meter persegi. Setiap unit luasnya kira-kira 100 meter persegi. Jadi, kos seunit rumah tersebut ialah 280 ribu yuan RMB. Kerajaan telah menyediakan subsidi dan menjual rumah tersebut kepada penduduk dengan harga hanya 770 yuan RMB satu meter persegi. Selain itu, penduduk di pekan itu juga menikmati pinjaman mudah dan memperoleh wang derma. Dengan itu, semua penduduk di pekan itu mampu membeli rumah yang baharu.


Kawasan kediaman di Yingxiu

Zhang Tongrong berkata, Pekan Yingxiu bukan dibina semula di tempat asalnya. Kerajaan membina semula pekan itu di tempat yang lebih selamat berdasarkan cadangan pakar geologi. Beliau berkata, "Dengan usaha kerajaan dan pihak-pihak berkenaan, Pekan Yingxiu yang dibina semula lebih indah dan mesra alam. Penduduk di pekan itu telah mengatasi kesedihan akibat bencana dan mula hidup selesa."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China