Cari:
Media Barat Obsesi terhadap Keunggulan Sendiri
2011-05-16 14:40:12 CRI Cetak

Parti pembangkang Singapura mencapai kejayaan yang memuaskan dalam pilihan raya apabila buat pertama kalinya memenangi 6 kerusi daripada 87 kerusi parlimen. Menteri Mentor, Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan, Goh Chok Tong dilaporkan akan berundur dari kabinet yang baru. Menurut media Barat, pengunduran kedua-dua pemimpin veteran itu dari arena politik adalah berikutan kelemahan parti pemerintah dalam pilihan raya. Malah, ia disifatkan sebagai "langkah ke arah demokrasi yang benar" di Singapura.

Apa yang berlaku dalam pilihan raya Singapura kini menjadi alasan kepada media Barat untuk mendakwa tidak wujud sistem demokrasi yang benar di negara itu. Menurut sesetengah media Barat, perubahan dalam bidang politik di Singapura berlaku berikutan pergolakan politik di Asia Barat dan Afrika Utara.

Namun, media Barat tidak menunjukkan minat terhadap hasil pembangunan Singapura, walaupun negara itu merealisasikan pertumbuhan ekonomi pada kadar 14.5% pada tahun lepas dan mengekalkan pendapatan purata serta taraf jaminan sosial yang lebih tinggi berbanding sesetengah negara Barat. Kemajuan pembangunan yang dicapai oleh Singapura sering kali diabaikan oleh negara Barat kerana ia tidak membantu membuktikan keunggulan sistem demokrasi mereka. Sebaliknya, kerajaan Singapura sentiasai disifatkan sebagai "pemerintah diktator."

Pada hakikatnya, perubahan dalam pilihan raya Singapura adalah sewajarnya berlaku kerana tokoh-tokoh politik veteran akan bersara, dan kuasa mereka pula akan diambil alih oleh generasi muda. Selain itu, para pengundi juga berharap meningkatkan suara parti pembangkang di parlimen. Mereka sebenarnya tidak ingin melihat kuasa pemerintahan Parti Tindakan Rayat diambil alih oleh parti pembangkang. Hal ini membuktikan tiada masalah serius yang berlaku dalam arena politik Singapura.

Masalah yang dihadapi Singapura pada masa ini berikutan tahap perkembangan sosioekonominya dan permintaan rakyat yang semakin meningkat. Kerajaan Singapura sesungguhnya menghadapi pelbagai cabaran seperti harga rumah dan jumlah buruh asing yang bertambah. Tetapi, ia tidak akan menyebabkan sistem politik Singapura mendekati prinsip demokrasi yang disyorkan oleh negara Barat. Apa yang perlu dilakukan oleh Singapura ialah bagaimana mengekalkan jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan sendiri pada masa akan datang.

Pergolakan politik di negara Asia Barat dan Afrika Utara dikatakan menambah keyakinan negara Barat kepada sistem politik mereka. Namun, prinsip demokrasi dan sistem politik yang dianjurkan mereka tidak membantu negara lain memandangkan dunia sedang menuju ke arah multikutub.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China