Jepun membenarkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA) menjalankan siasatan terhadap kemalangan Loji Tenaga Nuklear Fukushima Pertama mulai 24 Mei hingga 2 Jun ini.
Ketua Setiausaha Kabinet, Edano Yukio berkata, rombongan IAEA yang terdiri daripada 20 orang pakar akan menjalankan siasatan dan soal siasat terhadap kerajaan dan pekerja Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo. Keputusan siasatan akan dibentang kepada Sidang Keselamatan Nuklear Peringkat Menteri IAEA di Vienna pada 20 Jun nanti.