Cari:
Majlis Penyampaian Hadiah Khas "Jiangxi yang Menawan"
2011-05-19 14:41:58 CRI Cetak

Sempena "Hari Pelancongan China", majlis penyampaian hadiah bagi kuiz "Jiangxi yang menawan" anjuran bersama Radio Antarabangsa China(CRI) dan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Jiangxi diadakan di Gunung Lu hari ini.

Naib Ketua Editor CRI, Ma Bohui dalam majlis itu berkata, kuiz kali ini menyediakan peluang kepada pendengar dan pengguna laman sesawang CRI untuk lebih memahami dan mengenali Provinsi Jiangxi, dengan melawat kawasan berkenaan.

Zabidi Ishar (kiri), pemenang bertuah dari Kelatan, Malaysia bersama-sama Zhang Zhe @ Fadil,
wartawan CRI bahagian bahasa Melayu.

Bermula Januari hingga April lalu, CRI mengadakan kuiz "Jiangxi yang menawan" menerusi 10 siaran bahasa termasuk Melayu, Indonesia, Laos, Mandarin, Inggeris dan Jepun. Lebih 280 ribu orang peserta dari 32 negara dan kawasan menyertai kuiz kali ini. 10 peserta memenangi hadiah bertuah dan berpeluang melawat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China