Jepun perlu membuat pengubahsuaian terhadap sistem janakuasa elektrik nuklearnya. Selain itu, Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri perlu dipisahkan daripada Kementerian Ekonomi dan Industri.
Perdana Menteri, Naoto Kan berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan pemeriksaan keselamatan yang ketat terhadap semua reaktor loji tenaga nuklear. Yang lulus pemeriksaan tersebut barulah boleh beroperasi semula.