Cari:
China Akan Sediakan Bantuan kepada Jepun
2011-05-21 15:19:09 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengadakan tinjauan ke Bandar Natori, Provinsi Miyagi, Jepun tengah hari tadi untuk mengetahui keadaan bencana gempa bumi dan tsunami serta menziarahi mangsa.

Menurut beliau, kerajaan China akan menyediakan bantuan kepada Jepun untuk mengatasi bencana dari 3 segi. Pertama, China bersedia menyediakan barang bantuan serta barang-barang yang diperlukan oleh Jepun. Selain itu, China bersedia memulihkan dan meningkatkan aktiviti pelancongan antara kedua-dua pihak serta terus mengimport hasil pertanian dan produk yang lain dari Jepun. Kedua, syarikat China bersedia mengadakan kerjasama dengan syarikat Jepun untuk menjayakan pembangunan semula pasca bencana. China akan segera menghantar satu rombongan ke Jepun bagi meninjau pembangunan semula dan mendorong perdagangan serta pelaburan. Dan ketiga, kedua-dua negara perlu meningkatkan kerjasama tentang pencegahan dan penyelamatan bencana serta ramalan tentang gempa bumi dan tsunami. Selain itu, kedua-dua pihak juga perlu meningkatkan kerjasama dalam pengajian tentang keselamatan tenaga nuklear, sumber tenaga alternatif dan pengjimatan sumber tenaga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China