Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, keselamatan nuklear merupakan fokus bagi seluruh dunia. Menjamin keselamatan nuklear sesuai dengan kepentingan seluruh insan. PBB perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam bidang tersebut.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang telefon video PBB tentang kemalangan Loji Tenaga Nuklear Fukushima Jepun semalam.
Menurutnya, PBB akan secara rasmi menjalankan penyelidikan tentang hubungan antara penjagaan keselamatan nuklear dengan masalah persekitaran, kesihatan, keselamatan makanan, pembangunan secara berterusan dan keselamatan nuklear.