Cari:
Sukan Etnik di Guizhou Sediakan Momentum Perpaduan Kaum
2011-05-24 09:29:45 CRI Cetak

Program mendekati Sukan Ethnik Minoriti Guizhou ke-9 dilancarkan di Guiyang hari Isnin. Perasmiannya oleh Naib Pengerusi Jabaan Penerangan Provinsi Guizhou, Zhou Xiaoyun. 22 wartawan dan juruhebah golongan etnik minoriti daripada 16 stesen di seluruh China, termasuk wartawan dari Bahagian Bahasa Melayu menghadiri program ini.

Dalam ucapannya, Zhou Xiaoyun berharap sukan ini akan mendapat liputan dan promosi meluas daripada semua stesen di seluruh negara. Beliau berbangga dengan kehadiran para wartawan tersebut kerana selain dapat meninjau persiapan, mereka juga dapat mengenali budaya dan adat resam kaum etnik minoriti di Guizhou. Mengenai persiapan beliau berkata, lebih RMB 23 juta sudah dilaburkan oleh sektor swasta dalam pembinaan kemudahan kompleks sukan tersebut. Pelancaran hari ini dianggap sebagai momentum yang penting dalam mempamerkan perpaduan etnik dan presatsi pembangunan di Guizhou. Sukan etnik ini akan diadakan pada 10 September depan. Sukan kali ke-9 bertemakan "China yang Harmoni, Guizhou yang Menawan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China