Cari:
Kerjasama Promosi Stesen Radio untuk Sukan Etnik Minoriti Guizhou
2011-05-25 10:19:49 CRI Cetak

Stesen Radio Rakyat Guizhou berhasrat untuk mengadakan penerbitan bersama program dengan stesen radio lain di seluruh negara. Tujuannya untuk memperhebatkan lagi mempromosikan bagi Sukan Etnik Minoriti Guizhou.

Hasrat itu disampaikan oleh Naib Presiden stesen berkenaan, Zou Hong dalam pertemuan dengan 22 wakil media dari seluruh negara termasuk Radio Antarabangsa China, CRI Bahagian Bahasa Melayu. Program bertajuk "Sukan Ethnik, Pesta Bersama". Ia sempena sukan Etnik Minoriti kali ke 9 yang akan diadakan pada 10 September depan selama 9 hari. Detik perkiraan 100 hari menjelang sukan itu akan bermula pada 2 Jun ini.

Sukan kali ini akan mengetengahkan 16 acara dengan penyertaan 8 ribu peserta di beberapa lokasi berasingan selain acara utama di Stadium Sukan Olimpik Guizhou. Sementara itu semua projek pembinaan bagi kemudahan penganjuran sukan itu berjalan lancar dan dijangka dapat menjadi suatu lagi tarikan destinasi pelancongan.

Berkonsepkan China yang harmoni dan Guizhou yang berwarna-warni, ia bertepatan dengan kekayaan kepelbagaian budaya etnik minoritinya, digabungkan dengan keindahan alam semulajadi dan musim bunga sepanjang tahun yang memang menjadi identiti Guizhou.

Noriani Idris dari Guiyang untuk berita CRI.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China