Cari:
DPRK: Putus Hubungan Dengan Republik Korea
2011-05-31 13:41:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memutus sebarang hubungan dengan kerajaan Republik Korea kerana kerajaan tersebut semakin hebat dalam aktiviti anti DPRK. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jawatankuasa Pertahanan DPRK semalam.

Beliau berkata, Lee Myung-bak melancar konfrantasi dengan DPRK selepas dilantik Presiden Republik Korea. Tentera negara itu telah mengadakan latihan menembak di provinsi Gyeonggi berhampiran sempadan DPRK bermula 23 Mei lalu.

Sebagai tindak balas, DPRK bercadang memotong saluran komunikasi ketenteraan di timur DPRK dan Republik Korea serta menutup pejabat penyelaras komunikasi di kawasan pergunungan Kumgang.

Dalam pada itu, kerajaan Republik Korea tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap tindakan Jawatankuasa Pertahanan DPRK, yang menutuskan hubungan dengannya. Sebaliknya mereka bersikap tenang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China