Cari:
Muammar Gaddafi Akan Laksanakan Rancangan "Peta Garisan"
2011-05-31 15:34:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersetuju mengikut rancangan "Peta Garisan" yang dicadangkan oleh Kesatuan Afrika untuk menyelesaikan krisis di Libya. Demikian dinyatakan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob G. Zuma di Libya semalam.

Menurutnya, Gaddafi meminta agar semua pihak yang terlibat segera melaksanakan gencatan senjata mengikut perjanjian Kesatuan Afrika itu. Ini termasuk NATO menghentikan serangan udaranya dan memberi peluang kepada rakyat Libya menyelesaikan sendiri konflik itu.

Kesatuan Afrika sejak awal lagi tidak bersetuju untuk melaksanakan operasi ketenteraan terhadap Libya dan mahu krisis itu diselesaikan secara damai. Mereka juga mengemukakan rancangan Peta Garisan sejak berlakunya ketegangan di negara itu.

Rancangan tersebut mendapat reaksi positif daripada kerajaan Libya, tetapi puak penentang Benghazi menolak rancangan tersebut, kerana ia tidak meliputi tuntutan untuk Moammar Gaddafi meletakkan jawatannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China