Cari:
Asia Digesa Kuatkuasakan Undang-Undang Larangan Merokok
2011-06-01 13:02:38 CRI Cetak

Semua negara di Asia digesa meluluskan undang-undang larangan merokok untuk mengelak daripada kematian akibat penyakit berkaitan rokok.

Sempena "Hari Bebas Rokok Sedunia" yang jatuh pada 31 Mei lalu, Pengarah Jabatan Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Shin Young-soo berkata di Manila semalam, seramai 900 juta orang di Asia kini diancam penyakit berkaitan rokok, termasuk kanser paru-paru dan penyakit jantung. Justeru, penguatkuasaan undang-undang larangan merokok amat bermakna bagi negara di rantau tersebut.

Menurut Shin Young-soo, rantau Pasifik Barat merupakan kawasan perokok paling ramai. Menurut WHO, penggunaan tembakau di kawasan tersebut merupakan 1/3 dari seluruh dunia. Selain itu, Pasifik Barat juga mencatatkan bilangan perokok lelaki paling ramai, dan paling tinggi kecenderungan wanita dan muda merokok di dunia. Di samping itu, hampir separuh lelaki, wanita dan remaja di kawasan tersebut terpaksa menghidu asap rokok di rumah dan tempat awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China