Cari:
Hari Kanak-Kanak Antarabangsa
2011-06-01 13:13:46 CRI Cetak

Hari ini 1 Jun, ialah Sambutan Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Kanak-kanak selalu dianggap sebagai generasi harapan pada masa depan. Keselamatan, kehidupan dan perkembangan mereka dijadikan prasyarat bagi kemajuan manusia.

Sesetengah negara Islam menjadikan hari ke-14 selepas bulan Ramadan sebagai "Pesta Gula-gula". Ia memang disambut hangat oleh kanak-kanak di negara-negara tersebut. Dalam tempoh selama tiga hari, kanak-kanak biasanya akan meminta gula-gula dari rumah ke rumah. Permintaan mereka tidak boleh ditolak. Maka, mereka berasa gembira kerana mendapat gula-gula yang melimpah ruah pada hari itu.

Sambutan Hari Kanak-kanak di Barat Afrika boleh dikatakan amat menarik, kerana terdapat karnival khusus yang biasanya berlangsung selama sebulan bagi kaum tersebut. Orang Afrika pandai menyanyi dan menari. Walaupun berlainan taraf hidup, semua kanak-kanak merayakan pesta itu dengan meriah.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak di Iraq amat malang, kerana tiada sambutan hari kanak-kanak bagi mereka di negara tersebut. Mereka akan terus bersekolah, bekerja di bengkel atau mengemis.

Pertempuran berlaku di beberapa tempat di dunia. Kanak-kanak di tempat tersebut tidak dapat menikmati hari raya sendiri, malah kehilangan zaman kanak-kanak yang gembira. Kita doakan supaya kehidupan mereka tanpa pertempuran dan kemiskinan langsung.

Sambutan Hari Kanak-kanak Antarabangsa bermula di Rusia. Persatuan Wanita Demokrasi Antarabangsa yang mengadakan sidang di Moskow pada November tahun 1949, bersetuju menjadikan 1 Jun setiap tahun sebagai hari kanak-kanak antarabangsa untuk memastikan kehidupan, kesihatan dan pendidikan kanak-kanak di seluruh dunia. Oleh sebab itu, tidak hairanlah sambutan di Rusia jatuh pada tarikh yang sama dengan peringkat antarabangsa.

Ramai yang beranggapan salah bahawa hanya negara sosialis menyambut hari tersebut pada 1 Jun. Sebenarnya, sejumlah pertubuhan di Amerika Syarikat juga menimbangkan untuk menetapkan sambutan hari itu pada 1 Jun.

Tiada sambutan hari yang khusus bagi kanak-kanak di A.S.. Namun, hampir setiap hari adalah hari raya bagi mereka, kerana banyak cuti di negara tersebut, dan mata pelajaran di sekolah tidak begitu banyak, serta terdapat banyak kegiatan apabila cuti sekolah. Ada yang mengibaratkan negara tersebut syurga bagi kanak-kanak, kerana mereka menyambut hari kanak-kanak pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, konsep syurga kanak-kanak dikhuatiri menjejaskan kualiti pendidikan. Presiden A.S., Barack Obama telah menyatakan, pencapaian China dan India dalam pendidikan awam telah mengatasi negaranya, terutamanya dalam mata pelajaran matematik. Nampaknya, model A.S. pun tidak begitu sempurna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China