Cari:
Bakteria E.Coli Bukan dari Timun Sepanyol
2011-06-01 15:36:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Keputusan ujian makmal oleh Biro Kesihatan Hamburg, Jerman menunjukkan, sumber bakteria E. coli yang menular di negara itu bukan berpunca dari timun yang diimport dari Sepanyol.

Menteri Pertanian Sepanyol, Rosa Aguilar Rivero berkata, berikutan dakwaan Jerman bahawa sumber bakteria E. coli daripada timun yang diimport dari Sepanyol, menyebabkan sektor pertanian negara itu mengalami tamparan yang hebat. Sepanyol kemungkinan akan meminta ganti rugi dari Jerman.

Wabak bakteria E. coli yang dikatakan berpunca daripada timun tercemar, sudah meragut 14 nyawa di Jerman, dengan lebih 320 lagi mengalami sakit teruk. Beberapa kes disyaki E. coli juga dilaporkan di Sweden, Britain, Denmark, Perancis dan Belanda. Semuanya dikaitkan dengan perjalanan ke Jerman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China