Pertandingan Ratu Kosmos Cina 2011 bagi kawasan Asia Barat bertemakan "Kecantikan dan Impian"dilancarkan di Dubai kelmarin. Pertandingan itu untuk menonjol identiti peserta sebagai "Duta Promosi Kebudayaan China-Arab". Pemilihan mengutamakan kecantikan dan kebijaksanaan dalam kolongan peserta.
Isteri Ketua Konsul China ke Dubai Zhan Jingbao, Tang Heli ketika merasmikan upacara tersebut berkata, pertandingan tersebut merupakan platform untuk mempamerkan kebudayaan Cina dan merupakan temasya masyarakat Cina di seberang laut. Pertandingan bertujuan mempamerkan perubahan besar pembangunan China dan tarikan Timur menerusi "Ratu Cantik Cina".








