Cari:
Penerokaan Bersama: Pilihan Bijak untuk Selesaikan Isu Laut China Selatan
2011-07-14 16:05:26 CRI Cetak

Tuntutan bertindih tentang Laut China Selatan mengakibatkan perkembangan kerjasama dua hala antara China dengan Vietnam tersekat. Namun pada hakikatnya, masalah yang dianggap wujud sejak sekian lama ini tidak pernah menjejaskan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara pada keseluruhannya, khususnya hubungan perdagangan dua hala. Perkara ini menunjukkan kerjasama ekonomi tetap merupakan arus perdana dalam hubungan China-Vietnam, dan membuktikan bahawa mengetepikan perselisihan tentang Laut China Selatan adalah selaras dengan kepentingan kedua-dua negara.

Isu Laut China Selatan kini dibangkitkan semula disebabkan beberapa faktor dalam dan luar rantau ini. Pertama, walaupun perkembangan ekonomi China yang pesat menyediakan peluang baik kepada pembangunan negara-negara serantau, namun Vietnam menganggap dirinya mengalami kerugian dalam perdagangan dengan China apabila melihat kurangan dagangan yang mencecah USD 14 bilion pada tahun lepas. Selain itu, cadangan China tentang isu Laut China Selatan, iaitu mengetepikan perselisihan dan menerokai bersama perairan itu tidak mendapat sambutan yang baik daripada pihak Vietnam. Ini kerana Vietnam menganggap cadangan ini tidak membantu dalam aspek tuntutan kedaulatan terhadap kawasan perairan yang dipertikaikan. Sementara itu, campur tangan pihak AS juga merumitkan situasi Laut China Selatan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua negara tetap akan bersabar dalam mengendalikan isu yang sensitif ini memandangkan peri pentingnya hubungan dua hala ini. Sumber minyak dan gas asli di Laut China Selatan menjadi daya tarikan kepada Vietnam, khususnya apabila harga minyak kekal tinggi di pasaran antarabangsa pada masa ini. Walau bagaimanapun, Vietnam tidak ingin mengambil tindakan sepihak yang keras kerana ini tidak berbaloi dan menjejaskan hubungan dengan China yang merupakan rakan utama dalam bidang ekonomi. Perkara ini juga dikatakan punca Vietnam menghantar utusan khas ke China untuk berbincang tentang Laut China Selatan.

Bagaimana mewujudkan muafakat bestari dalam penerokaan sumber di Laut China Selatan antara perkara yang perlu diteliti oleh kerajaan kedua-dua negara. Perkara ini juga amat penting kepada perkembangan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat China dan Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China