Cari:
"Pemilihan 10 Bandar Kebudayaan China 2011" Diumumkan
2011-08-03 14:14:02 CRI Cetak

Keputusan Pemilihan dalam talian bagi menentukan 10 Bandar Kebudayaan China yang paling diminati oleh pengunjung Internet sedunia telah diumumkan baru-baru ini.

Beijing, Chengdu, Xi'an, Nanjing, Lhasa, Dali, Guangzhou, Guilin, Pingyao dan Qingdao disenaraikan sebagai bandar yang menduduki 10 tempat teratas.

20 Bandar dicalonkan oleh pakar sejak April lalu untuk diundi oleh pelayar internet bagi menyenaraikan 10 Bandar Kebudayaan yang paling menarik di China.

Tempoh pengundian bermula 1 Jun lalu dan dibuka untuk pemilihan selama 2 bulan yang berakhir 31 Julai 2011. Program anjuran CRI Online ini, telah menerima lebih 5.7 juta undian dari seluruh dunia. 66% adalah dari seberang laut.

Usaha promosi bandar-bandar tersebut dilakukan oleh 26 bahagian siaran bahasa asing CRI dengan penglibatan media asing yang turut membuat liputan berkenaan.

Upacara penyampaian Anugerah Bandar Kebudayaan China 2011 akan diadakan di Beijing pada 16 September depan. Selain penganjur, para wakil dari bandar yang tersenarai, industri pelancongan serta Duta Besar dan wakil agensi negara asing di China akan menghadiri upacara tersebut.

Program ini kali kedua dianjurkan di bawah program induk "Carta Bandar Mempesona China 2011". Tema tahun lalu ialah "Bandar Pelancongan China Yang Diminati Oleh Pengguna Internet Global".

Beijing

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China