Presiden Hu Jintao dan isterinya bagi pihak kerajaan dan rakyat China mengadakan jamuan untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat yang datang untuk menyaksikan Sukan Universiade ke-26.
Beliau mengangkat tinggi peranan temasya sukan tersebut sebagai saluran pertukaran dan persahabatan antara belia seluruh dunia.
Menurutnya golongan muda dari pelbagai negara, agama dan bangsa akan mengikat hubungan yang rapat dalam semangat kesukanan. Shenzhen, bandar penganjur temasya sukan kali ini merupakan bandar metropolitan yang baharu dan sekaligus adalah wadah bagi tetamu asing untuk mengetahui China.