Forum Canselor Universiti Dunia Tahun 2011 di Shenzhen yang berlangsung selama dua hari telah ditutup pagi tadi.
Naib Menteri Pendidikan China, Hao Ping menyatakan bahawa forum tersebut menyediakan satu wadah yang berguna bagi negara ini, kerana para canselor universiti domestik berpeluang menimba pengalaman dan kaedah pengajaran yang sudah dibuktikan berjaya di negara asing, dan juga dapat berkongsi pencapaian dan bertukar pengalaman China dalam pembaharuan pendidikan peringkat tinggi dengan rakan sejawat dari universiti asing.
Dalam tempoh forum kali ini, para peserta mengeluarkan cadangan yang penuh inspirasi mengenai bagaimana memupuk bakat yang mempunyai daya kreatif, dan mencapai persefahaman tentang bagaimana menjadikan universti sebagai pangkalan yang menutamakan inovasi pengetahuan dan teknologi.
Lebih 160 orang canselor universiti dari 68 buah negara dan kawasan turut hadir dalam forum tersebut.