Cari:
H.K. Dapat Manfaat Besar dari Peningkatan Sektor Perkhidmatan Tanah Besar
2011-08-22 12:40:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sasaran sumbangan daripada sektor perkhidmatan dijangka meningkat, kepada 47% daripada 43% di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12 China. Ini menyediakan peluang yang besar bagi pembangunan Hong Kong. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kewangan Hong Kong, John Tsang Chun-wah menerusi blognya semalam. Jika mengikut pengiraan berasaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu, sumbangan sektor itu dijangka bertambah RMB 1.6 trilion yuan, dan angka ini akan menjadi lebih RMB 2 trilion yuan selepas 5 tahun.

John Tsang berkata, sumbangan sektor berkenaan di Tanah Besar lebih rendah kira-kira 20% berbanding dengan negara maju yang mencatat 70%. Justeru , sektor perkhidmatan menyediakan peluang pembangunan yang amat berpotensi bagi usahawan di Hong Kong untuk menggiatkan lagi bidang itu di Tanah Besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China