Cari:
Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Menjadi Tumpuan Lawatan Presiden Filipina ke China
2011-08-30 15:40:27 CRI Cetak

Presiden Filipina, Benigno Aquino III akan mengadakan lawatan rasminya ke China bermula pada 30 Ogos hingga 3 September nanti. Ini merupakan lawatan julung kalinya Aquino ke China sejak menyandang jawatan Presiden Filipina pada tahun lepas. Menurut penganalisis, kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala akan menjadi tumpuan dalam lawatan beliau kali ini.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan kini menjadi komponen utama dalam hubungan China-Filipna. Delegasi Aquino ke China terdiri daripada 200 orang, separuh daripadanya ialah tokoh-tokoh perniagaan. Selain mengadakan rundingan dengan pemimpin China, Presiden Filipina itu juga akan menghadiri tiga forum usahawan. Perkara ini dikatakan jarang berlaku dalam tempoh lawatan pemimpin sesebuah negara.

China merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar bagi Filipina. Filipina pula merupakan rakan perdagangan keenam terbesar bagi China di rantau ASEAN. Menurut Duta Besar China ke Filipina, Liu Jianchao, jumlah perdagangan China-Filipina melebihi USD 27.7 bilion pada tahun 2010, meningkat 35.1% berbanding tahun 2009. Di samping itu, jumlah pelaburan China ke Filipina dalam bentuk bukan kewangan mencecah USD 86 juta pada tahun 2010, meningkat 112.5% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah pelaburan yang dibuat oleh pihak Filipina di China pula mencatat USD 115.9 juta, dengan peningkatan 97.8%.

Ketua Pengarah Institut Isu Antarabangsa China, Qu Xing berkata, jumlah perdagangan dan pelaburan antara China dengan Filipina masih mencatat paras yang rendah pada masa ini memandangkan populasi penduduk dan kapasiti pasaran di kedua-dua negara. Menurut beliau, masih terdapat potensi besar dalam kerjasama ekonomi kerana kedua-dua negara saling melengkapi dalam bidang tersebut.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan Asia Selatan, Asia Tenggara dan Oceania Institut Hubungan Antarabangsa Moden China, Zhang Xuegang mengatakan bahawa Presiden Benigno Aquino III telah mengemukakan pelbagai dasar ke arah pertumbuhan ekonomi dan menyempurnakan kemudahan infrastruktur di negara itu. Oleh itu, Filipina perlu mempergiat kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China untuk mencapai matlamat tersebut, khususnya apabila rakan perdagangan utamanya seperti AS dan Jepun tetap menghadapi kelembapan ekonomi pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China