Cari:
Hari Raya Aidilfitri di China
2011-08-30 15:15:28 CRI Cetak
Tidak kira di mana bumi dipijak, ketibaan Syawal merupakan suatu hari yang penuh bermakna bagi umat Islam. Di China, penentuan awal bulan Islam bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab.1 syawal ditetapkan oleh Suruhanjaya Keagamaan ethnic Bagi Umat Islam pada 31 Ogos 2011. Ini bermakna keseluruhan 21 juta umat islam di China akan menyambut Aidilfitri pada hari Rabu, genap 30 hari berpuasa. Daripada 56 ethnik di China, 10 daripadanya adalah beragama islam dan tertumpu di Beijing, Xinjiang dan Xian.

Bagi masyarakat Malaysia di Beijing, sambutan kali ini amat bermakna kerana merayakan aidilfitri serentak dengan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 54. Menurut Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin, pengertian kedua-dua sambutan itu amat besar kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara.. Beliau berbangga kerana semangat 1Malaysia di kalangan rakyat menebal dan dihayati serta dipraktikkan.

Masyarakat Malaysia di beijing akan menunaikan Solat Aidil fitri di Kedutaan Malaysia di Chaoyang. Terdapat 2 ribu rakyat malaysia di Beijing termasuk pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti tempatan.

Datuk Iskandar juga berkata, Rumah Terbuka Malaysia akan diadakan pada 5 September manakala Sambutan Hari Kebangsaan pula pada 14 September depan.

-- Noriani Mohd Idris

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China