Cari:
Menjayakan Dasar Sokong Pembangunan HK dan Makau
2011-09-01 10:50:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sempena perasmian Ekspo China-Asia dan Eropah di Urumqi, Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang telah bertemu dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Donald Tsang dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Chui Sai On di bandar tersebut semalam.

Li Keqiang berkata, Hong Kong dan Makau menyertai Ekspo China-Asia dan Eropah bukan sahaja bermanfaat bagi meningkatkan pengaruh kedua-dua wilayah ini di Asia dan Eropah, bahkan amat bermakna untuk merapatkan hubungan ekonomi antara China dengan pelbagai negara Asia dan Eropah, serta meningkatkan pembangunan dan pembaharuan di kawasan barat China.   

Li Keqiang menambah, kerajaan pusat dengan teguh mengamalkan dasar autonomi bagi Hong Kong dan Macau. Beliau berharap kerajaan kedua-dua wilayah berkenaan menumpukan perhatian terhadap perubahan situasi ekonomi dan kewangan antarabangsa, berusaha mencegah risiko, di samping menjayakan dasar kerajaan pusat demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, membaiki kehidupan rakyat dan merapatkan kerjasama dengan Tanah Besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China