Pembangunan secara berterusan di Phnom Pehn menjadikan kawasan bandar itu semakin luas pada beberapa tahun kebelakangan ini. Sejumlah penduduk bandar Phnon Pehn mula membina rumah di tebing Tasik Boeng Kak yang merupakan tasik air tawar terbesar di bandar itu. Tindakan ini menjadikan kawasan perairan tasik berkenaan semakin kecil, dan ekologinya turut terjejas. Menurut kontrak yang ditandatangani oleh kerajaan Phnom Pehn dengan sebuah syarikat tempatan, Syarikat Sukaku, sebuah kota baharu serba moden yang luasnya 133 hektar akan dibangunkan di kawasan berdekatan Tasik Boeng Kak. Program hartanah itu akan dijalankan dengan kerjasama Syarikat Hongjun, China.
Namun, sejak awal lagi program berkenaan telah menghadapi kendala kerana penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan pampasan yang diberikan dalam proses pemindahan rumah. Penduduk tempatan kerap kali mengadakan demonstrasi dan membuat bantahan terhadap syarikat China yang melabur dalam program tersebut. Malah, sesetengah penduduk mengadakan tunjuk perasaan di depan Kedutaan Besar China di Kemboja.
Pada hakikatnya, menurut kontrak pemajuan hartanah yang ditandatangani oleh Syarikat Sukaku, syarikat China akan mengambil bahagian dalam program pembinaan selepas pemindahan penduduk diselesaikan oleh syarikat Kemboja. Maka, perselisihan yang menimbul dalam proses pemindahan itu tidak sepatutnya melibatkan syarikat China sama sekali.
China merupakan negara yang membuat pelaburan paling besar di Kemboja. Kerajaan Kemboja menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan pelaburan asing, manakala faktor ekologi kadang kala diabaikan oleh kerajaan negara itu. Penduduk awam selalunya menyalahkan syarikat asing sekiranya program berkenaan menjejaskan kepentingan mereka. Serentak dengan itu, sesetengah media Barat pula berminat untuk mengheboh-hebohkan berita seumpama ini, khususnya apabila ia melibatkan syarikat-syarikat dari China.
Walau bagaimanapun, syarikat China juga perlu mengambil iktibar daripada program pemajuan hartanah di Kemboja itu. Sebelum mengadakan pelaburan di seberang laut, syarikat China seharusnya membuat penilaian sendiri terlebih dahulu tentang kesan program itu kepada mayarakat awam dan keadaan ekologi tempatan. Usaha ini perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kontroversi dengan masyarakat tempatan dalam proses pelaburan di seberang laut.