Cari:
Peluang Industri IT Hong Kong Teroka Pasaran Tanah Besar
2011-09-06 15:00:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sekarang merupakan masa terbaik bagi syarikat teknologi maklumat (IT) Hong Kong menerokai pasaran Tanah Besar. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Industri Linux Hong Kong, Encik Alan Kan dalam sidang media "Sidang Kemuncak Inovasi dan Penjenamaan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2011".

Beliau menyatakan, usaha untuk mengukuhkan kerjasama sains dan teknologi antara Hong Kong dengan Tanah Besar bertepatan dengan "Rancangan Lima Tahun Ke-12" China. Shenzhen dan Guangzhou juga sedang giat meningkatkan teknologi maklumat dan perkhidmatan profesional. Industri tersebut mempunyai potensi yang besar untuk ditembusi dan waktu ini paling sesuai bagi syarikat IT Hong Kong untuk menerokai pasaran di Tanah Besar.

Presiden Persatuan Teknologi Maklumat Macau, Dr. Michael Choi berkata, syarikat IT Makau patut meningkatkan kerjasama dengan Tanah Besar untuk meningkatkan prasarana bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan perdagangan serta industri pelancongan di Guangdong, Hong Kong dan Macau. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China