Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China sekali lagi dipilih sebagai Ekonomi paling bebas dunia, diikuti dengan Singapura dan New Zealand. Demikian mengikut laporan Persatuan Fraser, Kumpulan Pemikir Kanada baru-baru ini.
Menurut laporan itu, daripada 10 mata, Hong Kong memperoleh 9.01 tahun ini, lebih rendah daripada tahun lalu sebanyak 9.08 mata. Hong Kong mendapat penilaian tertinggi dalam setiap kategori berdasarkan sistem perundangan Hong Kong dan perlindungan hak hartanah persendirian, pasaran gunatenaga dan penilaian standard perniagaan.
Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang berkata, Hong Kong berjaya menjadi nombor satu dunia selama lebih 30 tahun. Wilayah itu akan berusaha untuk memastikan untuk terus kekal di tempat paling atas untuk 30 tahun akan datang. Beliau menambah, menerusi konsep satu negara dua sistem. Hong Kong dan Tanah Besar China telah dirapatkan dan kedua-dua pihak akan terus berusaha untuk meningkat pelaburan.