Cari:
Thailand Tangani Bencana Banjir
2011-10-06 15:10:17 CRI Cetak

Kawasan tengah dan utara Thailand dilanda bencana banjir yang terburuk dalam tempoh lebih 10 tahun yang lalu akibat hujan lebat yang menurun secara berturut-turut. Daripada 76 wilayah di negara itu, sebanyak 23 wilayah teruk dilanda banjir dan kehidupan 1.8 juta orang penduduk terjejas.

Kini, situasi bencana banjir di Thailand masih meruncing, malah situasi di kawasan dataran di bahagian tengah semakin buruk.

Menurut media tempatan, Ayutthaya, kira-kira 80 kilometer di utara Bangkok, dilanda banjir sejak 4 September lalu. Paras air di sesetengah tempat mencatat dua meter sehingga beberapa kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai sudah tenggelam dalam air. Mangsa yang berlindung di kuil dan hospital sudah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Pada waktu yang sama, kerja pembinaan daik untuk mencegah banjir sudah dilaksanakan di tepi sungai Menam di Bangkok.

Kerajaan Thailand berusaha menjalankan kerja penyelamatan. Perdana Menteri Yingluck Shinawatra telah beberapa kali membuat tinjauan ke kawasan bencana. Menurut beliau, kerajaan sudah menyediakan modal bantuan sebanyak 363 juta Baht, kira-kira 12 juta dolar Amerika. Beliau turut menyatakan modal tersebut akan diperuntukkan ke yang paling perlu bantuan dan digunakan secara telus.

Sektor pertanian Thailand terjejas teruk dalam bencana banjir kali ini. Menurut badan berkenaan, luasnya tanah pertanian dilanda bencana banjir sudah melebihi 810 ribu hektar. Sebagai negara eksport beras yang besar di dunia, bulan Oktober dan November sepatutnya masa untuk menuai padi di Thailand. Namun, banyak ladang padi termusnah dalam banjir. Ketua Pengarah Pusat Pengajian Makanan Negara Thailand mendedahkan kepada media bahawa sekiranya bencana banjir terus merebak, bekelan bahan manakan akan berkurang.

Menurut ahli penganalisis, pertumbuhan ekonomi Thailand tahun ini tidak terkecuali akan terjejas akibat bencana banjir dan kurangnya permintaan luar akibat krisis hutang zon Euro. Oleh itu, Kementerian Kewangan Thailand sudah menurun unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu dari 4.5% kepada 4%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China