Cari:
ASEAN dan India Bersedia Eratkan Hubungan
2011-10-17 13:38:59 Harian Renmin Ribao Cetak

Lawatan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang dan Presiden Myanmar, U Thein Sein ke India baru-baru ini telah menarik perhatian pelbagai pihak. Menurut media Barat, India sedang mempercepatkan proses untuk mempererat hubungan dengan ASEAN, manakala, ASEAN juga bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan India pada masa depan.

Presiden Myanmar, U Thein Sein telah mengetuai 13 orang pegawai kanan kerajaannya mengadakan lawatan ke India. Ini mencerminkan tekad India untuk memperluas hubungan negaranya dengan ASEAN.

Sebenarnya, India telah menganggap Myanmar sebagai negara penting dalam "Strategi ke Timur". Pada tahun-tahun 90-an, kedua-dua negara telah mengekalkan hubungan antara satu sama lain. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, India berusaha untuk memperoleh sumber tenaga minyak dan gas dari Myanmar. Maka, Myanmar dikatakan sentiasa merupakan rakan penting bagi India untuk mendapatkan bekalan sumber tenaga. Pemimpin kedua-dua negara telah mencapai persepakatan dalam sokongan India terhadap pembinaan infrstruktur awam Myanmar.

Selain itu, angkatan bersenjata India termasuk Barisan Pembebasan Bersekutu Asom selalu bergerak di kawasan sempadan India dan Myanmar. Ini mendatangkan kesulitan terhadap kerajaan India. U Thein Sein menegaskan bahawa tindakan bersenjata yang merujuk India tidak dibenarkan berlaku di sempadan berdaulat milik Myanmar.

Di samping itu, Strategi ke Timur India selaras dengan strategi Vietnam untuk meningkatkan kerjasama dengan India. Selepas pertemuan dengan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang, Perdana Menteri India, Manmohan Singh berkata, hubungan kerjasama antara India dan Vietnam merupakan kandungan yang penting dalam strategi India dan juga akan mendorong kedamaian dan perkembangan di kawasan Asia-Pasifik. Kedua-dua negara juga bersetuju untuk terus meningkatkan kerjasama maritim bagi memastikan kedamaian dan kestabilan di kawasan perairan berkaitan.

Kerjasama sumber tenaga merupakan salah satu daripada bidang yang paling penting bagi India dan Vietnam pada masa hadapan. Menurut kenyataan Syarikat Petrolum dan Gas Asli India, tempoh perjanjian yang berkaitan ialah tiga tahun. Kedua-dua pihak akan menjalankan kerjasama dalam bidang penerokaan, penapisan dan pembekalan.

Sejak awal tahun 1990-an , India telah mengemukakan cadangan "Pandang ke Timur" untuk menegaskan perkembangan hubungannya dengan ASEAN dan negara-negara Asia-Pasifik. Tetapi, hanya pada dua atau tiga tahun kebelakangan ini, cadangan tersebut dilaksanakan. Pada awal tahun ini, lawatan Presiden Indonesiaļ¼ŒSusilo Bambang Yudhonoyo ke India telah dianggap sebagai permulaan kepentingan strategi India beralih ke ASEAN.

Beberapa media tempatan juga menyelar bahawa terdapat peranan China di sebalik hubungan India dengan Vietnam dan Myanmar dan menganggap China terus memperluas pengaruhnya di kawasan ASEAN dan ini menjadikan India mempercepat langkahnya untuk mempererat hubungan dengan ASEAN. Sehubungan dengan itu , Jurucakap Kementerian Luar India, Vishnu Prakash membalas bahawa hubungan negara bukan suatu permainan. Beliau berpendapat India dan China memainkan peranan yang sama penting dalam menyokong negara-negara yang berkaitan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China