Cari:
Pertikaian Laut China Selatan Harus Diselesaikan Melalui Rundingan
2011-10-18 15:26:31 Harian Renmin Ribao Cetak

Forum Laut China Selatan yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Carlos P. Romulo untuk Perdamaian dan Pembangunan, Filipina dan Institut Kajian Asia Tenggara, Singapura telah ditutup di Manila, Filipina pada 17 Oktober lalu. Lebih 20 mantan pegawai kerajaan dan cendekiawan dari ASEAN, China, Australia, India, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menyampaikan ucapannya dalam forum kali ini. Mereka berpendapat, pertikaian Laut China Selatan harus diselesaikan melalui rundingan antara negara-negara berkaitan secara langsung.

Sebelum forum tersebut, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menulis rencana dalam majalah Polisi Luar Negara dan menyatakan bahawa fokus terhadap kawasan Asia-Pasifik dalam bidang diplomatik, ekonomi dan strategi merupakan salah satu daripada misi yang paling penting dalam dasar diplomatik AS pada sepuluh tahun yang akan datang. Apakah impaknya terhadap isu Laut China Selatan jikalau AS kembali semula ke Asia?

Sebenarnya, AS tidak pernah berganjak dari Asia. Negara itu sentiasa mempunyai kepentingan politik, ekonomi dan ketenteraan di Asia. Mantan Duta Besar China ke Indonesia yang juga profesor di Universiti Hal Ehwal Luar Negeri China, Chen Shiqiu berkata, peningkatan pengaruh AS di Asia akan menjadikan isu Laut China Selatan lebih serius pada masa depan.

Mantan Duta Besar AS ke Mesir, Frank Wiesner berkata, Presiden Barack Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan ASEAN yang akan diadakan pada November depan. Ini menunjukkan pendirian AS untuk memelihara keselamatan negara sekutunya.

Ketua Pengarah Institut Asia dan Kesejagatan Universiti Kebangsaan Singapura, Huang Jing menyatakan bahawa pada sepuluh tahun yang lalu, AS terbenam dalam lumpur anti keganasan dan dominasi ekonominya telah goyah yang sebelum ini sentiasa berperanan sebagai penyokong kepada dominasi politik dan ketenteraannya. Pada masa ini, kerjasama antara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan telah menjadi pusat pertumbuhan ekomoni di kawasan Asia-Pasifik. AS berharap boleh terus mengekalkan kekuatannya di Asia, maka, negara itu menaruh lebih banyak perhatian terhadap kawasan Asia-Pasifik.

Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Asia Universiti Filipina, Dr. Aileen SP. Baviera, menyatakan bahawa jika AS berura-ura untuk memberikan perhatian terhadap Asia, pertumbuhan ekonomi negara itu mesti ditingkatkan terlebih dahulu, kerana AS merupakan negara rakan perdagangan dan ekonomi yang penting bagi Filipina. Maka, jika ekonomi AS tidak dipulihkan semula, ekonomi Filipina juga akan dipengaruhi.

Ketua Pengarah Pusat Kajian ASEAN Institut Asia Tenggara Singapura yang juga mantan Setiausaha Agung ASEAN, Rodolfo Severino berpendapat, kemampuan AS membantu menyelesaikan isu pertikaian Laut China Selatan bergantung kepada langkah yang diambil oleh AS serta interaksi negaranya dengan negara-negara berkaitan.

Baviera berpendapat, negara-negara Asia Tenggara berharap persaingan strategik antara AS dengan China tidak mendatangkan lebih banyak masalah dalam penyelesaian isu tersebut secara damai. Beberapa negara hendak berhubung rapat dengan China, tetapi berikutan kekuatan negara China semakin ditingkatkan, mereka juga bimbang perkembangan pesat China akan merosakkan kepentingan mereka secara tidak langsung. Mereka berharap untuk bergantung kepada AS dan ini mengakibatkan ketidakstabilan di kawasan Asia-Pasifik.

Chen Shiqiu berpendapat, walaupun AS kembali semula ke Asia berkemungkinan akan memberi manfaat kepada Asia dalam beberapa bidang, tetapi prasyaratnya mesti berfaedah kepada AS diri sendiri. Pakar Tentera Maritim Malaysia, Mark menyatakan bahawa China berharap AS tidak campur tangan dalam isu Laut China Selatan, tetapi isu tersebut didorongkan kerana adanya persaingan China dan AS. AS hendak meningkatkan hak dominasi di kawasan perairan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China