Cari:
Ekonomi Indonesia Kekalkan Trend Perkembangan yang Positif
2011-10-25 14:41:33 CRI Cetak

Indonesia berjaya mengekalkan trend perkembangan ekonomi yang baik pada tahun ini, di samping mencapai hasil yang amat memuaskan dalam usaha menggalakkan pengambilan pekerja, menarik pelaburan asing, menerajui sektor pembuatan dan memperkemaskan pasaran kewangan.

Perkembangan syarikat kecil dan sederhana yang sihat membantu meningkatkan usaha eksport Indonesia pada tahun ini. Perkembangan syarikat swasta didapati jauh lebih pesat daripada syarikat milik kerajaan, terutamanya dalam sektor tekstil, pembuatan barangan kulit dan kasut, perabot, makanan dan hasil pertanian.

Di samping itu, jumlah pelaburan telah mencecah USD13.68 bilion pada tahun ini, iaitu meningkat 13% berbanding masa yang sama tahun lepas. Para pelabur memandang baik prospek perkembangan beberapa sektor industri di Indonesia, antaranya industri perlombongan, pengangkutan, petrokimia, barangan elektronik dan telekomunikasi. Keuntungan yang diperoleh dalam usaha eksport mencatat USD98.64 bilion pada setengah tahun pertama tahun ini. Sehingga bulan Jun, angka ini telah mencecah USD18.4 bilion, meningkat 36% berbanding bulan yang sama tahun lepas. Dengan itu, pengeksportan bagi sepanjang tahun dijangka meningkat dalam jumlah yang besar pada tahun ini.

Sektor pelancongan juga dikatakan antara industri yang menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi Indonesia, dan memainkan peranan dalam memulihkan ekonomi negara itu. Menurut statistik, jumlah pelancong asing yang melawat Indonesia mencatat 3.6 juta orang pada setengah tahun pertama tahun ini, meningkat 6.42% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Indeks pertumbuhan ekonomi yang positif mencerahkan prospek pertumbuhan ekonomi Indonesia. Menurut unjuran yang dibuat oleh Bank Pusat Indonesia, matlamat pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.4% tahun ini boleh dicapai, malah mungkin akan mencatat 6.6%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China