Cari:
Produk ASEAN Dialu-alukan di Pasaran China
2011-10-25 14:37:05 CRI Cetak

Para pedagang dari negara ASEAN dalam Ekspo China-ASEAN ke-8 berpuas hati kerana produk mereka sama ada perabot kayu merah yang bernilai tinggi mahupun barangan perhiasan dan makanan ringan yang harga murah, mendapat sambutan hangat penduduk China.

Ekspo China-ASEAN yang telah diadakan dengan jayanya selama lapan tahun berturut-turut dan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN berjaya membantu banyak syarikat dan produk ASEAN memasuki pasaran China. Walaupun ASEAN sentiasa mencatatkan lebihan dagangan dalam perdagangan dengan China, namun China masih tetap mengalu-alukan lebih banyak produk syarikat ASEAN memasuki pasarannya.

Sejak hubungan dialog strategik China-ASEAN dijalinkan 20 tahun lalu, jumlah perdagangan dua hala meningkat 20% purata setiap tahun dan kini mencatat hampir USD 300 bilion. China menjadi rakan dagangan terbesar ASEAN, manakala ASEAN menjadi rakan dagangan ketiga terbesar bagi China.

China mengambil beberapa tindakan untuk mempergiat kerjasama pragmatik dengan ASEAN. Antaranya, mengadakan Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan, serta menubuhkan Tabung Kerjasama Pelaburan China-ASEAN. Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao, "Kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN kini berada dalam tempoh yang paling dinamik dan pragmatik dalam sejarah."

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh kastam China, jumlah perdagangan China-ASEAN melebihi USD171 bilion pada separuh tahun pertama dan meningkat 25.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. ASEAN mencatatkan lebihan dagangan sebanyak USD10 bilion. Peningkatan import China yang paling pesat adalah dari Myanmar, Kemboja dan Vietnam. Jumlah perdagangan China dengan ASEAN meningkat 26.4% pada tiga suku tahun pertama tahun ini.

Dalam Ekspo China-ASEAN tahun ini, Perdana Menteri China, Wen Jiabao menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk meningkatkan pengimportan produk ASEAN, dan menubuhkan Pusat Perdagangan China-ASEAN di Nanjing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China