Cari:
Isu Etnik Minoriti di Asia Tenggara
2011-10-27 13:39:11 CRI Cetak

Isu etnik minoriti di beberapa negara jiran China kini mendapat perhatian masyarakat China berikutan beberapa kejadian baru-baru ini, termasuk pembunuhan anak kapal China di Sungai Mekong dan pembinaan stesen janakuasa hidro elektrik Myi Soun iaitu projek kerjasama China-Myanmar yang tergendala. Kedua-dua peristiwa itu berlaku di kawasan yang mempunyai isu etnik minoriti yang rumit.

Terdapat kira-kira 300 etnik minoriti di 11 buah negara Asia Tenggara yang populasi keseluruhannya melebihi 500 juta orang. Kebanyakan penduduk etnik minoriti menetap di kawasan yang ekonominya mundur. Sesetengah etnik minoriti tempatan ini mempunyai pasukan bersenjata sendiri dan berhasrat mewujukan pemerintahan sendiri. Beberapa kawasan kediaman penduduk etnik minoriti negara ASEAN bersempadan dengan China, malah dianggap laluan penting kepada pengangkutan kedua-dua pihak. Ini termasuk, kawasan "Segi Tiga Emas" yang meliputi bahagian utara Myanmar dan Laos yang merupakan laluan perkapalan utama di Sungai Mekong. Namun, keadaan di kawasan itu kurang stabil akibat isu etnik minoriti dan kegiatan penanaman dan pengedaran ganja.

Bagaimana untuk menggalakkan kaum minoriti mengikuti arus perdana pembangunan antara satu strategi yang perlu diteliti oleh China dan ASEAN dalam perkembangan hubungan dua hala. Perkara ini juga berkait rapat dengan perkembangan kerjasama kedua-dua pihak.

Peningkatan hubungan ekonomi dan perdagangan yang pesat antara China dengan negara-negara ASEAN pada beberapa tahun yang lalu menjadikan rantau ini semakin dinamik dan menjadi peneraju penting kepada pertumbuhan ekonomi global. Dalam konteks ini, hasil kerjasama ekonomi dan perdagangan ini diharapkan boleh turut dinikmati oleh penduduk di kawasan yang ekonominya mundur.

Isu etnik minoriti dianggap satu perkara yang wajar diteliti ketika memperluas kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara. Perkara ini hendaklah diberikan perhatian bukan sahaja oleh institusi penyelidikan, tetapi juga syarikat-syarikat domestik China yang ingin menjalankan perniagaan mereka di rantau ASEAN. Pihak syarikat perlu mempertimbangkan bagaimana syarikat boleh membantu menerajui perkembangan ekonomi tempatan dan risiko yang mungkin dihadapi di rantau tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China