Cari:
Teknologi Angkasa Lepas Bermanfaat kepada Rakyat
2011-11-03 17:12:49 CRI Cetak

Teknologi penerbangan angkasa lepas membawa angkasawan boleh memberikan manfaat kepada rakyat negara ini. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Program Penerbangaan Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China, Puan Wu Ping dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, teknologi angkasa lepas mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan seharian masyarakat awam. Hal ini boleh dilihat daripada peralatan GPS yang digunakan di kereta peribadi, penyiaran langsung menerusi satelit telekomunikasi, ramalan cuaca dan juga bahan makanan yang benihnya dipupuk di ruang angkasa lepas.

Tambah beliau, usaha teknologi angkasa lepas juga membantu menerajui teknologi pelbagai industri yang berkaitan, termasuk bahan mentah, elektronik dan jentera.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China