Cari:
Hu Jintao Hadiri Sidang Kemuncak G20
2011-11-04 09:51:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hu Jintao berkata, Kumpulan 20 (G20) sepatutnya mengobarkan semangat bersatu padu dan bekerjasama untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi global dan kestabilan kewangan. Beliau berkata demikian semasa Sidang Kemuncak Kumpulan 20 di Cannes semalam. Beliau mencadangkan agar pelbagai negara mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mantap, mencapai keuntungan dalam kerjasama dan menyempurnakan pengawalan dalam pembaharuan untuk mewujudkan kemakmuran bersama.

Tambah beliau, usaha menjamin pertumbuhan ekonomi global yang pesat merupakan tugas penting sekarang. Pelbagai negara sepatutnya mengambil keputusan yang berkesan, meningkatkan pengeluaran dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, berusaha membantu syarikat kecil dan sederhana, dan meningkatkan penyusunan semula struktur ekonomi masing-masing. Di samping itu, beliau menyeru pelbagai negara meningkatkan pertalian dan koordinasi, berusaha mengambil keputusan yang saling menyokong dan saling melengkapi.  

Hu Jintao berkata, China bersedia mengenakan tarif sifar terhadap 97% produk negara tidak maju yang berhubungan diplomatik dengan China. Beliau secara ringkas memperkenalkan situasi ekonomi di China. Menurut beliau, China giat mengekalkan pertumbuhan ekonomi negaranya dengan pesat sejak berlaku krisis kewangan antarabangsa untuk merangsang pemulihan pertumbuhan ekonomi rantau dan global, menambah pelaburan kepada perbadanan kewangan antarabangsa, memberi bantuan kepada negara membangun, membeli bon dari negara maju, membuat sumbangan untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara yang berkenaan dan menstabilkan situasi ekonomi dan kewangan antarabangsa. Pembangunan yang mantap dan pesat di negara ini bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China