Umat Islam China mengadakan pelbagai program untuk menyambut Hari Korban.
Pada 6 November, Persatuan Islam China mengadakan majlis jamuan makan malam untuk menyambut hari kebesaran tersebut. Presidennya, Haji Sabarudin Chen Guangyuan, ketika berucap pada majlis tersebut berjanji akan memimpin semua umat Islam untuk memberi sumbangan yang wajar kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Sehari sebelumnya, temu mesra untuk menyambut hari kebesaran itu telah diadakan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Pemimpin wilayah itu menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada umat Islam dari pelbagai etnik minoriti.
Di Beijing pula, kira-kira 400 orang umat Islam dari lebih 10 etnik minoriti yang berhijrah dari Xinjiang juga mengadakan persembahan malam gembira untuk menyambut perayaan itu.