Cari:
Kerjasama China-AS dalam Kerangka APEC Amat Bermakna
2011-11-09 14:33:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bakal diadakan di Hawaii pada 12 hingga 13 November ini. Sebagai negara maju yang terbesar dan negara membangun yang terbesar di dunia, AS dan China diberi perhatian umum dalam sidang tersebut. Pakar dari China dan AS berpendapat, kerjasama kedua-dua negara memainkan peranan yang agak penting bagi memelihara kemakmuran dan kestabilan rantau Asia Pasifik.

APEC merupakan pertubuhan kerjasama ekonomi yang bertaraf tertinggi, berpengaruh terbesar dan mekanisme yang paling sempurna di kawasan Asia Pasifik. 21 buah anggota APEC terdiri daripada negara-negara maju dan negara-negara membangun. Antaranya, AS dan Jepun merupakan negara ekonomi maju, manakala China merupakan negara membangun dan negara ekonomi baharu muncul. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur APEC, Monica Whaley menyatakan bahawa pertemuan pemimpin China, AS dan Jepun di Hawaii amat bermakna.

Beliau berkata, China, AS dan Jepun merupakan tiga entiti ekonomi yang terbesar dalam APEC. Hubungan rakan antara ketiga-tiga negara ini amat penting bagi pembangunan APEC pada masa depan kerana APEC merupakan wadah interaksi antara negara-negara maju dan negara-negara membangun.

Selepas krisis kewangan global tercetus pada tahun 2008, APEC menumpukan perhatian terhadap integrasi ekonomi serantau, menyusun strategi dan matlamat yang baharu bagi pertumbuhan ekonomi. Whaley berpendapat, kerjasama China dan AS masih mempunyai potensi yang besar.

Menurutnya, China dan AS mempunyai kepentingan bersama dalam bidang ekonomi hijau. Di samping itu, kedua-dua negara ini boleh mendapat manfaat yang besar daripada perdagangan bebas serantau. Oleh itu, China dan AS patut berusaha bersama untuk meletakkan asas yang kukuh demi matlamat tersebut.

Tidak boleh dinafikan bahawa China dan AS masih menghadapi masalah dalam perkembangan hubungan perdagangan, seperti isu kadar pertukaran RMB dan pertikaian perdagangan. Tetapi Pakar Pusat Institut Strategik Antarabangsa AS, Michael Green berpendapat, kerjasama China dan AS dalam rangka APEC bukan sahaja bermanfaat kepada pertumbuhan ekonomi, bahkan bermakna besar dalam menstabilkan situasi di rantau Asia.

Michael Green berkata, dalam rangka APEC, AS dan China tidak ada banyak pertikaian kerana kerjasama lebih penting. Penyertaan China dalam APEC serta sidang kemuncaknya menunjukkan China tidak ingin menubuhkan kumpulan Asia, tetapi merangkumi AS dalam rangka kerjasama Asia Pasifik. Maka, tindakan aktif China dalam sidang tersebut menandakan kedua-dua negara ini boleh mengadakan kerjasamanya di rantau Asia.

Kerjasama China dan AS mendorong pembangunan APEC, manakala APEC juga menjadi salah satu penghubung antara China dan AS. Pengarah Pejabat Penyelidikan Kerjasama Serantau, Institut Asia Pasifik, Akademi Sains Sosial China, Wang Yuzhu berpendapat, APEC memainkan peranan penting bagi pertemuan dan interaksi pemimpin kedua-dua negara China dan AS supaya hubungan kedua-dua negara dapat terus ditingkatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China