Cari:
China Bersedia Galakkan Sidang Kemuncak APEC Capai Hasil yang Positif
2011-11-10 12:21:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Hu Jintao berlepas ke Amerika Syarikat (AS) hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Pemimpin Pertubuhan Ekonomi dan Kerjasama Asia-Pasifik (APEC) yang bakal diadakan pada 12 hingga 13 November di Hawaii. Sidang kali ini bertemakan "ekonomi serantau yang berkait rapat". Duta Besar China ke AS, Zhang Yesui menyatakan bahawa selain sidang kemuncak APEC kali ini, Presiden Hu juga akan menghadiri Dialog Pemimpin dengan Wakil Lembaga Perunding Industri dan Perdagangan APEC dan Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perdagangan APEC. Dalam tempoh sidang tersebut, beliau akan mengemukakan pandangan mengenai situasi pertumbuhan ekonomi global dan Asia-Pasifik, pentadbiran ekonomi sejagat serta sistem perniagaan multilateral. Hu Jintao juga akan mengadakan pertemuan bilateral dengan pemimpin-pemimpin dari negara anggota APEC.

Zhang Yesui berkata, sidang kali ini diadakan berasaskan dua latar belakang.

"Pertama, ekonomi global sedang dipulihkan dan tumbuh secara perlahan dengan pergolakan dan risiko di pasaran kewangan antarabangsa semakin meningkat. Kedua, meskipun Asia-Pasifik merupakan kawasan yang paling dinamik dalam pertumbuhan ekonomi sejagat, tetapi ekonomi di kawasan tersebut masih menghadapi banyak kesulitan dan masalah."

Tahun ini merupakan tahun ke-22 tertubuhnya APEC yang juga tahun ke-20 bagi China menganggotai pertubuhan ini. Sebagai negara anggota APEC, China sentiasa mementingkan dan aktif menyertai kerjasama APEC dalam pelbagai bidang. Dalam setiap sidang kemuncak APEC, Presiden China banyak mengemukakan cadangan yang positif, seimbang dan saksama. Cadangan tersebut diterima dan dihargai oleh pelbagai entiti ekonomi Asia-Pasifik.

Beliau berkata, kejayaan sidang APEC amat penting bagi kerjasama serantau dan pemulihan semula ekonomi global.

"Topik utama yang akan dibincangkan dalam sidang kali ini merangkumi pertumbuhan dan integerasi ekonomi serantau, seperti isu kemudahan dan bebas perdagangan dan pelaburan, serta isu pertumbuhan hijau dan keselamatan sumber tenaga. Isu-isu tersebut amat bermakna dalam pertumbuhan ekonomi serantau dan pemulihan semula ekonomi global."

Menurut statistik, terdapat 2.5 bilion pengguna dari 21 buah negara anggota APEC, yang pendapatan rakyatnya menduduki 60% daripada pendapatan dunia. Pertumbuhan ekonomi rantau ini merupakan 70% daripada keseluruhan sejagat dalam tempoh masa sedekad lalu, sedangkan jumlah keseluruhan ekonomi Asia-Pasifik mencapai 53% daripada jumlah keseluruhan ekonomi antarabangsa.

Menurut beliau, China bersedia berusaha bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa termasuk negara anggota APEC yang lain untuk mendorong sidang kali ini diadakan dengan jayanya dan melalui kerjasama bilateral dan multilateral agar dapat memberikan sumbangan yang positif untuk membantu ekonomi sejagat pulih dari kemerosotan ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China