Presiden China, Hu Jintao tiba di Honolulu semalam waktu tempatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi ke-19 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) atas undangan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Barack Obama.
Menurut Kementerian Luar China, Presiden Hu akan bertemu dengan Barack Obama dan pemimpin-pemimpin anggota lain semasa persidangan kali ini.
Sidang Kemuncak Tidak Rasmi ke-19 APEC yang bertemakan "Ekonomi serantau yang semakin dirapatkan", akan diadakan pada 12 hingga 13 November nanti.
Presiden Hu akan menerangkan pendirian China mengenai situasi ekonomi dunia dan rantau Asia Pasifik serta menyeru untuk menyempurnakan pengawalseliaan ekonomi dunia, mempercepat pembangunan ekonomi serta mendorong integrasi ekonomi serantau dan global.
Beliau juga akan menjelaskan pendirian China mengenai mendorong perdagangan dan pelaburan yang bebas dan mudah, pertumbuhan hijau dan pembaharuan struktur ekonomi.