Kenaikan nilai mata wang RMB tidak akan membantu menyelesaikan masalah kurangan dagangan dan pengangguran yang dihadapi AS.
Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di Honolulu.
Katanya, dasar tukaran asing yang dilaksanakan China ketika ini disusun berdasarkan prinsip bertanggungjawab. China akan terus menggalakkan usaha untuk membaiki mekanisme penentu kadar tukaran RMB.
Beliau berharap AS dapat mengambil tindakan yang berkesan untuk melonggarkan sekatan ke atas produk teknologi canggih yang dieksport ke China, di samping memberi kemudahan kepada syarikat China yang ingin melabur di negaranya.
Berkaitan dengan isu Taiwan, Presiden Obama berkata, pihaknya menghormati kedaulatan China, dan tidak akan menyokong "kemerdekaan Taiwan".