Presiden China, Hu Jintao bertemu dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Barack Obama di Honolulu petang semalam waktu tempatan.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. Mereka mencapai kata sepakat untuk bersama-sama meningkatkan hubungan China-AS yang saling menghormati dan saling menguntungkan.
Ini merupakan pertemuan kali kedua pemimpin China dan AS dalam tempoh satu bulan selepas pertemuan mereka di Cannes semasa Sidang Kemuncak Kumpulan 20.