Cari:
Obama: Asia Pasifik Kunci Pemulihan Ekonomi AS
2011-11-13 15:35:53 CRI Cetak
Kawasan Asia Pasifik memainkan peranan penting dalam proses pemulihan ekonomi AS. Oleh itu, AS akan mempergiat kerjasama yang menyeluruh dengan kuasa ekonomi di rantau ini khususnya bidang ekonomi, perdagangan dan keselamatan.

Demikian dinyatakan oleh Presiden AS, Barack Obama semasa Sidang Kemuncak Pemimpin Industri Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) semalam.

Katanya, ekonomi di kawasan Eropah sukar mencapai perkembangan kerana zon Euro sedang menghadapi krisis hutang. Oleh itu, kawasan Asia Pasifik yang menduduki separuh jumlah ekonomi dan perdagangan dunia mempunyai makna yang besar bagi Amerika.

Beliau berkata, AS berhasrat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di rantau ini untuk menjamin perkembangan pekerjaan, ekonomi dan kemakmuran serta keselamatan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China