Cari:
China Akan Tingkatkan Dasar Pintu Terbuka
2011-11-13 15:38:08 CRI Cetak
China akan meningkatkan dasar pintu terbuka dengan sikap yang lebih positif.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao semasa Sidang Kemuncak Pemimpin Industri Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) semalam.

Beliau berkata, anggota APEC perlu berusaha untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang stabil supaya menyuntik tenaga baharu kepada ekonomi serantau dan dunia.

Menurutnya, pihak-pihak yang terlibat perlu berusaha untuk membina hubungan rakan pembangunan global yang saksama dan seimbang. Beliau turut menyeru pelbagai pihak meningkatkan kerjasama untuk menjaga sistem perdagangan pelbagai pihak dan memperluas integrasi ekonomi serantau.

Presiden Hu menegaskan, pembangunan China merupakan tonggak penting untuk mendorong perkembangan ekonomi rantau Asia Pasifik dan global. China bersedia untuk berkongsi peluang pembangunan dengan kalangan perniagaan Asia Pasifik.

Pada hari yang sama, Presiden Hu bertemu dengan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang, Perdana Menteri Jepun, Noda Yoshihiko dan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper. Beliau bertukar-tukar pandangan mengenai isu yang menjadi perhatian bersama dengan ketiga-tiga pemimpin tersebut dan mencapai persepakatan yang meluas dengan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China