Cari:
APEC Keluarkan Deklarasi Honolulu
2011-11-14 15:49:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

"Deklarasi Honolulu" dikeluarkan di akhir Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-19 . Para pemimpin APEC berikrar untuk mengambil tindakan tegas ke arah merapatkan lagi ekonomi serantau yang menguntungkan semua anggota.

Menurut Deklarasi itu, liberalisasi perdagangan secara berterusan penting bagi mendorong pemulihan selepas kemerosotan ekonomi pada tahun 2008 dan 2009. Semua anggota APEC mengakui perdagangan dan pelaburan merupakan kunci bagi kemakmuran dan peluang pekerjaan.

Para pemimpin juga mengakui bahawa memperluaskan kerjasama serantau juga penting kepada keamanan dan kestabilan rantau Asia Pasifik. Justeru, mendorong integrasi ekonomi dan memperluas perdagangan serantau menjadi agenda utama APEC.

Anggota-anggota APEC turut mengulangi komitmen dalam Deklarasi itu untuk menentang sebarang bentuk perlindungan perdagangan. Semua anggota juga diseru mencapai kata sepakat mengenainya semasa Persidangan peringkat menteri WTO ke-8 yang akan diadakan bulan depan.

Dalam Deklarasi Honolulu itu, anggota APEC akan berusaha untuk mencapai matlamat pertumbuhan hijau dan menyegerakan peralihan kepada ekonomi karbon rendah global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China